'Its Me..Khaizila'
Jangan tunggu hingga sesuatu menjadi sempurna baru hendak bermula kerana tindakan yang kecil hari ini adalah lebih bermakna daripada tindakan besar yang akan bermula entah bila masanya..
Video Of Measuring Volume With Various Glassware
Penerangan Video
Video di atas menerangkan tentang pengukuran isipadu cecair dengan menggunakan pelbagai jenis dan saiz silinder penyukat . Ia memaparkan tayangan sebenar ukuran isipadu cecair dengan menggunakan pelbagai bentuk silinder dan mempunyai kapasiti air adalah sama walaupun bentuk silindernya berbeza. Video ini amat sesuai untuk ditayangkan kepada murid-murid tahun dua bagi menerangkan tentang konsep dalam menentukan kapasiti air apabila bekas yang berbeza bentuk dan saiz. Secara tidak langsung, kekeliruan tentang kapasiti akan dapat diatasi.
Video ini juga menunjukkan penggunaan ukuran dalam unit piawai yang sebenar. Secara tidak langsung, dapat membantu murid dalam mengenal unit piawai dalam sistem pengukuran isipadu cecair.
Pengenalan
Sewaktu guru mengajar tentang konsep mengenai kapasiti, ramai di kalangan mereka sering salah konsep. Menurut Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget (1896-1980), kanak-kanak pada peringkat pra-operasi ini belum dapat menguasai konsep keabadian tentang sesuatu kuantiti. Mereka mudah dipengaruhi oleh bentuk, saiz dan tinggi yang diperhatikannya. Misalnya mula-mula kanak-kanak ini ditunjukkan dengan dua bekas yang sama saiz diisi dengan air yang sama banyak. Apabila air daripada salah satu bekas dituang ke dalam bekas yang tinggi dan sempit, kanak-kanak akan menyatakan bahawa bekas yang tinggi dan sempit itulah yang mengandungi lebih banyak air.
Sebagai seorang guru, kita haruslah memberi tumpuan dan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran. Murid hanya boleh memahami konsep melalui pengalaman konkrit. Oleh itu alat bantu mengajar memainkan peranan yang sangat penting untuk menyampaikan konsep matematik yang berkesan. Murid-murid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar kerana ia dapat mendorong supaya murid dapat terlibat secara aktif dalam pembelajaran yang dijalankan.
Alat Bantu Mengajar 1
ABM 1
Aktiviti 1 : ( Untuk Murid Lemah )
Pengukuran-Pengukuran Bukan Piawai Bagi Isipadu Cecair
Hasil pembelajaran : Untuk membuat perbandingan persepsi terhadap kapasiti.
Bahan-bahan : 3 gelas minuman yang sama saiz, kad perkataan dan jug berisi air
Langkah-langkah :
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan (2 atau 3 orang)
2. Guru memperkenalkan kosa kata ‘kosong’, ‘separuh penuh’ dan ‘penuh’.
3. Murid diminta untuk mengisi air ke dalam gelas yang telah ditandakan sukatannya.
4. Murid akan meletakkan gelas-gelas yang diisi air ke atas kad-kad perkataan.
5. Untuk aktiviti susulan, murid diberi lembaran kerja seperti di bawah
Aktiviti 2 : ( Untuk Murid Pencapaian Tinggi )
Langkah-langkah :
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan (2 orang)
2. Dengan menggunakan ABM 1 yang sama seperti di atas, guru memberi arahan
supaya murid menuang air dari jag ke dalam gelas mengikut sukatan yang dinyatakan dalam kad.
3. Guru akan meneliti aktiviti gelas yang diisi dengan air untuk memastikan
ukurannya adalah tepat.
4. Murid diminta untuk mengisi jawapan pada kad soalan yang diberikan.
Air di dalam bekas A adalah __________
Air di dalam bekas B adalah __________
Air di dalam bekas C adalah __________
5. Murid menjawab soalan dari lembaran kerja yang diberikan sebagai aktiviti
pengayaan
Alat Bantu Mengajar 2
ABM 2
Aktiviti 1 : ( Untuk Murid Lemah )
Pengukuran-Pengukuran Bukan Piawai Bagi Isipadu Cecair
Hasil pembelajaran : Menyukat isipadu bekas dengan menggunakan unit bukan piawai
Bahan-bahan : gelas minuman yang sama saiz, cawan minuman yang sama saiz, jag,
teko dan botol mineral.
Langkah-langkah :
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan (4 atau 5 orang)
2. Murid akan menuangkan air dari jag ke dalam cawan dan merekodkan hasil aktiviti
mereka di dalam jadual yang diberikan.
3. Murid akan merekodkan hasil aktiviti mereka di dalam jadual yang diberikan.
Jadual 1
4. Murid akan mengulangi aktiviti di atas dengan menuangkan air dari jag ke dalam
gelas yang sama saiz dan hasil direkodkan di dalam jadual yang sama.
gelas yang sama saiz dan hasil direkodkan di dalam jadual yang sama.
5. Murid akan mengulangi lagi aktiviti di atas dengan menggunakan bekas yang lain
seperti teko dan botol.
Aktiviti 2 : ( Untuk Murid Pencapaian Tinggi )
Langkah-langkah :
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan (2 orang)
2. Dengan menggunakan ABM 2 yang sama seperti di atas, guru mengedarkan jadual
2. Dengan menggunakan ABM 2 yang sama seperti di atas, guru mengedarkan jadual
untuk merekod maklumat hasil pemerhatian yang akan dibuat.Murid akan diberi satu set ABM dan sebelum melakukan aktiviti, murid diminta
3. Murid diminta untuk menuangkan air yang terdapat dalam teko ke dalam cawan dan merekodkan hasil yang sebenar.
4. Murid akan mengulangi aktiviti ini dengan menggunakan gelas pula. Anggaran akan di catat terlebih dahulu.
5. Murid akan mengulangi aktiviti ini dengan set yang lain seperti jag dan botol.
Kesimpulan
Ramai di kalangan murid sekolah rendah tidak dapat membuat kesimpulan daripada contoh-contoh matematik. Oleh itu mereka tidak boleh memahami hukum-hukum yang terdapat dalam matematik. Ramai di antara mereka yang suka menghafal apa yang diajar oleh guru tanpa memahami konsep matematik yang sebenar. Bagi menyelesaikan masalah ini, pengajaran dan pembelajaran haruslah sentiasa dikaitkan dengan situasi yang sebenar dan perkenalan symbol matematik harus dikaitkan dengan contoh yang konkrit.
Sebagai seorang guru matematik yang berkesan dan pendidik matematik yang pakar, maka wajar bagi kita mengetahui perkembangan kognitif murid-murid dan cara-cara bagaimana mereka memahami konsep matematik supaya pengajaran kita lebih berkesan. Dengan mengetahui perkembangan kognitif kanak-kanak, pendidik-pendidik matematik dapat memperbaiki kurikulum matematik lagi dengan memasukkan topik-topik matematik yang sesuai dengan kebolehan kognitif dan psikologi murid dalam mata pelajaran matematik.
Subscribe to:
Comments (Atom)








