Pengenalan

Sewaktu guru mengajar tentang konsep mengenai kapasiti, ramai di kalangan mereka sering salah konsep. Menurut Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget (1896-1980), kanak-kanak pada peringkat pra-operasi ini belum dapat menguasai konsep keabadian tentang sesuatu kuantiti. Mereka mudah dipengaruhi oleh bentuk, saiz dan tinggi yang diperhatikannya. Misalnya mula-mula kanak-kanak ini ditunjukkan dengan dua bekas yang sama saiz diisi dengan air yang sama banyak. Apabila air daripada salah satu bekas dituang ke dalam bekas yang tinggi dan sempit, kanak-kanak akan menyatakan bahawa bekas yang tinggi dan sempit itulah yang mengandungi lebih banyak air.

Sebagai seorang guru, kita haruslah memberi tumpuan dan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran. Murid hanya boleh memahami konsep melalui pengalaman konkrit. Oleh itu alat bantu mengajar memainkan peranan yang sangat penting untuk menyampaikan konsep matematik yang berkesan. Murid-murid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar kerana ia dapat mendorong supaya murid dapat terlibat secara aktif dalam pembelajaran yang dijalankan.